Wednesday, June 18, 2014

Pengalaman Kandungan Luar Rahim / Ectopic Pregnancy ~ Part 3

sambungan dari part 2....

hahaha... cerita ni bersambung-sambung kan..almaklumlah, curi-curi masa untuk menulis kembali pengalaman 6 tahun lepas.. ni pun dah cukup ringkas untuk diceritakan..details nye kene set tarikh la, kite minum2 sambil kongsi pengalaman...hahaha...

pasti ramai yang tertanya-tanya, boleh ke mengandung lagi dengan sebelah tiub sahaja?? jawapanya adalah ya.. Alhamdulillah selepas kejadian itu, saya telah dikurniakan 2 orang hero yang sihat sempurna, cergas dan cerdik. Namun bukan semudah yang disangka ye.. Nasib setiap orang berbeza-beza.. Isteri kepada kawan saya terus mengandung semula sebulan lebih selepas pembedahan. Kawan saya sendiri mengambil masa setahun untuk mengandung semula.. Saya juga genap setahun selepas pembedahan baru mengandung semula. Beza antara saya dan kedua-dua kawan saya ni adalah saya operate belah perut, kawan2 saya ni buat yang tebuk perut masuk camera (Laparoskopi ).

masih boleh mengandung, sebelah tiub sahaja
Ini lah anak-anak saya dari sebelah tiub sahaja


 So kepada yang senasib dengan saya, jangan lah risau..anda mampu untuk mengandung lagi. Peluang masih ada.. Banyakkan berdoa dan usaha itu perlu.. Segera berjumpa pakar bagi membincangkan masalah ini.. macam saya, saya mendapatkan khidmat Dr Hamid Arshat. Tiub belah kanan diperiksa bagi memastikan tiada masalah. Alhamdulillah semuanya normal dan 3 bulan kemudian saya disahkan mengandung kembali..

3 comments:

  1. Alhamdulillah rezeki kan Allah bagi setiap dugaan tu..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...thnks aten ngn fairuz.. mmg dugaan..ni cerita surface je..details nye lagi mencabar dan menyayat hati..hehehe...ape pun tetap bersyukur dengan ketentuan Allah SWT..

    ReplyDelete