Sunday, July 13, 2014

Bahayakah Jika Ibu Mengandung dan Ibu Yang Menyusukan Kurang Kalsium??


MEMILIKI zuriat yang ramai selalunya mampu memberikan kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga.

Namun, kehamilan yang kerap dan dalam jarak masa yang singkat turut mengundang risiko kepada ibu mengandung.

Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.

Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa.

Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.

“Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa,” jelasnya.

Tambah Annissa, jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh.

Ketidakseimbangan hormon penting wanita tersebut secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang.

“Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium,” ujar Annissa.

Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kandungan kalsium dan ia mula menyerapnya daripada tulang dan gigi pula.

Ini kerana sebanyak 80 peratus kandungan kalsium dalam badan terdapat pada bahagian itu.


MINUM banyak susu dapat menambah bekalan kalsium ibu hamil.

Setelah banyak kalsium diserap keluar, ia akan mengganggu struktur tulang dan gigi. Ia akan mengurangkan kepadatan struktur itu yang akhirnya mengundang penyakit berkaitan tulang.

Dalam pada itu, Pakar Perunding Pemulihan Perubatan WQ Park, Dr. Tunku Nor Taayah Tunku Zubir menjelaskan bahawa kekurangan kalsium di dalam badan boleh menyebabkan masalah kerapuhan tulang.

Berpantang

“Kalsium adalah elemen terpenting dalam pembentukan tulang. Justeru ia diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengekalkan kekuatan tulang.

“Apabila kurang kalsium, ia akan menyebabkan masalah osteoporosis yang sering menyerang wanita terutamanya yang sudah menopaus,” katanya kepada Jurnal.

Ibu hamil digalakkan minum banyak susu dan mengambil sumber kalsium lain seperti keju, yogurt dan sayur berdaun hijau sebagai cara untuk mengoptimumkan jumlah kalsium dalam badan.

Sebagai langkah untuk membantu mengekalkan kesihatan tulang dalam kalangan wanita, Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif, Dr. Mohd. Ismail Tambi menasihatkan mereka yang berisiko agar menjarakkan tempoh kehamilan.

Sambil merujuk kepada kepentingan amalan berpantang selepas bersalin, Ismail menjelaskan bahawa wanita perlu menjaga kesihatan reproduktif sepanjang tempoh mengandung sehingga melepasi waktu bersalin.


TULANG rapuh disebabkan kalsium di dalamnya telah diserap oleh tubuh.

“Amalan berpantang adalah penting kerana ia merangkumi tempoh seseorang wanita yang baru bersalin untuk pulih dari segi mental dan fizikal.

“Jarak masa yang lama sebelum kembali mengandung dapat digunakan oleh ibu untuk mengembalikan kalsium dalam badan dan menghilangkan trauma kelahiran,” katanya.

Seseorang ibu bukan sahaja memerlukan tempoh pantang sebelum kembali mengandung bahkan masa yang lebih lama sebagai langkah menjaga kesihatannya.

Sambil menyebut saranan Islam supaya wanita menjarakkan kehamilan selama dua tahun, Ismail menasihati pasangan agar merancang kehamilan dengan pelbagai kaedah.

“Terdapat banyak cara untuk mengelakkan kehamilan berlaku. Ini termasuk mengambil hormon dan pil selain menggunakan kondom atau IUCD iaitu alat pencegahan kehamilan dalam rahim,” katanya.


Saturday, July 12, 2014

Solat Tarawikh/Terawih Bersendirian

Assalamualaikum..

Ramadhan dan solat tarawikh tidak boleh dipisahkan..bila tiba bulan Ramadhan, masjid atau surau penuh dengan jemaah yang ingin bersama-sama menunaikan solat tarawikh...tapi bagi sy yang ada anak kecil ni, saya memilih untuk bertarawikh di rumah sahaja kecuali pada hari cuti..Ini kerana anak-anak dah di biasakan untuk tidur awal supaya tiada masalah untuk bangun awal pagi.. 

Semestinya banyak persoalan yang bermain di fikiran bila kita nak solat tarawikh bersendirian di rumah..kalau di surau atau masjid, kita just ikut imam sahaja..bila sendiri macam mana pula?? di bawah ni ada jawapan kepada persoalan-persoalan yang berlegar-legar di fikiran semua..moga ianya memberi pencerahan kepada semua pembaca..selamat membaca..


Soalan
1 ) Bagaimana nak buat solat tarawikh bersendirian?
2 ) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat tarawikh itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)

Jawapan
1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

Friday, July 11, 2014

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2014 Mengikut Negeri

Berikut adalah kadar zakat fitrah seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2014 bersamaan 1435 Hijrah seperti mana yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri

Sebaik-baiknya adalah menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya


Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2014 Seluruh Negeri
NegeriTahun 2014 (RM) [Terkini]Tahun 2013 (RM)
Perlis6.506.00
Kedah7.007.00
Pulau Pinang7.007.00
Perak7.007.00
Selangor7.007.00
Negeri Sembilan6.506.50
Melaka6.706.50
Johor8.00/5.00*5.00/8.00*
Pahang7.007.00
Terengganu7.60/7.00/4.50*4.50/7.00/7.60*
Kelantan7.007.00
Sarawak7.006.50
Sabah7.007.00
(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan7.007.00
Harga Fitrah RM 5.00Harga Fitrah RM 8.00
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis super tempatan 15% hancur (beras nasional) sahaja yang berharga RM1.80 sekilogramUmat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis selain daripada beras super tempatan 15% hancur (Beras Nasional)
* Perbezaan kadar bayaran zakat fitrah di negeri Johor dan Terengganu adalah berdasarkan harga, gred dan jenis beras yang dimakan


Thursday, July 10, 2014

i luv Ramadhan..Keistimewaan Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan salam ramadhan buat semua..

diam tak diam kita dah masuk 12 Ramadhan..kejap masa berlalu.. Encik Ramadhan, tolong jangan berlalu terlalu pantas..plzzzz....saya sayangkan bulan Ramadhan.. Antara kelebihan-kelebihan bulan ramadhan adalah : 


1. Bulan yang terpilih untuk melakukan ibadah puasa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah di atas segala nikmat-Nya. Firman Allah s.w.t:
Terjemahannya:

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.(Al-Baqarah: 183)

2. Bulan yang telah dipilih oleh Allah s.w.t diadakan suatu malam yang sangat tinggi nilainya, iaitu malam ‘Lailatul Qadar'. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadan, bulan yang penuh berkat. Allah telah memfardhukan atas kamu berpuasa di dalamnya. Dibuka di dalamnya segala pintu Syurga, dikunci di dalamnya segala pintu Neraka dan dibelenggu di dalamnya segala syaitan. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan (malam lailatul qadar). Barangsiapa tiada diberikan kebajikan malam itu, maka sesungguhnya tidak diberikan kebajikan kepadanya. (Riwayat Ahmad, An Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah)

3. Bulan yang dipilih untuk sembahyang tarawih pada malamnya. Sembahyang tarawih adalah sembahyang sunat yang hanya boleh dilakukan di bulan Ramadan. Setiap solat terawih mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Sepanjang malam bulan Ramadan disunatkan untuk mengerjakan sembahyang tarawih secara berjemaah.


4. Bulan yang dipilih untuk kita membanyakkan amal ibadah seperti membaca Al-Quran, bersedekah, sembahyang sunat dan sebagainya. Hanya di bulan ini dituntut kita melakukan ibadah sebanyak-banyaknya berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Bulan ini segala doa dan apa-apa yang diminta insya- Allah dimakbulkan Tuhan.



5. Bulan yang mana berlakunya kemenangan di pihak Rasulullah s.a.w menawan kota Mekah. Di saat itu berakhirlah penyembahan berhala di sisi Kaabah dan kota Mekah menjadi suci sebagaimana yang Allah s.w.t kehendaki.



6. Berlakunya Nuzul Al-Quran (penurunan Al-Quran) pada 17 Ramadan yang disambut setiap tahun sebagai memperingati kesempumaan Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.



7. Dipelihara daripada dosa. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Sembahyang lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadan ke Ramadan menutupi dosa-dosa yang dilakukan di antaranya, asal sahaja dijauhi segala dosa besar.
(Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
8. Dibuka pintu Syurga, ditutup pintu Neraka. Syaitan dibelenggu. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Pada suatu hari aku berada di sisi Utbah bin Farqad sedang dia lagi menceritakan tentang hal Ramadan, maka datanglah kepada kami seorang lelaki dari Sahabat Rasul. Setelah orang itu dilihat oleh Utbah, diapun merasa takut lalu berdiam diri. Maka orang itu menceritakan tentang hal Ramadan, katanya: "Saya mendengar Rasulullah SAW berkata: "Di dalam bulan Ramadhan dikunci segala pintu Neraka, dibuka segala pintu Syurga dan dibelenggu segala syaitan. "Berkata Nabi lagi: "Seorang Malaikat berseru: "Wahai segala orang yang menghendaki kebajikan bergembiralah kamu dan wahai orang yang menghentikan kejahatan tahanlah dirimu. " Malaikat terus-menerus berseru, sehingga habis bulan Ramadan. (Riwayat Ahmad dan An-Nasai)

9. Mendapat perhatian, keutamaan dan ganjaran dari Allah Ta'ala. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Telah diberikan kepada umatku di bulan Ramadan lima perkara, yang belum pernah diberikan kepada seseorang Nabi sebelumku:

i) Dipermulaan bulan Ramadan Allah melihat kepada para umatku. Barangsiapa Allah melihat kepadanya, nescaya tidak diazabnya selama-lamanya.

ii) Bau mulut mereka di waktu petang hari lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi.

iii) Para Malaikat memohon ampunan untuk mereka di setiap hari dan malam.

iv) Allah menyuruh kepada Syurga-Nya serta berkata kepadanya: "Bersiaplah kamu dan berhiaslah kamu untuk hamba-hamba-Ku. Mereka hampir beristirehat dari kepayahan dunia, menuju ke negeri-Ku dan kemuliaan-Ku.

v) Pada akhir malam bulan Ramadan, Allah mengampuni semua dosa mereka. "Seorang lelaki dari Sahabat bertanya: "Apa itu 'Lailatul qadar', ya Rasulullah? " Nabi menjawab: "Tidak. Apakah engkau tidak melihat kepada pekerja-pekerja yang bekerja. Apabila mereka telah selesai dari pekerjaan mereka, nescaya disempurnakanlah upah-upah mereka.
(Riwayat: Ahmad, Al Bazzar, Al Baihaqi dari Jabir)

10. Sejarah berlakunya perang Badar Al-Kubra. Kemenangan pihak Islam menjadi penentu sejarah kegemilangan Islam.


11. Para syaitan dirantai atau dibelenggu moga dengan itu maksiat berkurangan. Pada malam permulaan Ramadan, Nabi bersabda:

Pada permulaan malam Ramadan, para syaitan dan jin yang jahat dibelenggu serta pintu-pintu Neraka dikunci, tidak ada satu pun yang terbuka. Pintu-pintu Syurga dibuka dan tidak ada satu pun yang dikunci. Pada setiap malam ada yang memanggil: "Hai orang yang mendambakan kebajikan menghadaplah, dan hai orang yang mendambakan keburukan, menyingkirlah. Allah pada setiap malamnya akan membebaskan ramai orang dari Neraka.
Nyata sekali terlalu banyak keistimewaan dan kebajikan atau kebaikan di bulan Ramadan. Jadi tidak hairanlah para sahabat dan salafussoleh begitu merindukan saat-saat di bulan Ramadan. Kalau kita tahu pun sudah tentu rasa tertunggu-tunggu bulan Ramadan yang mulia.


Tuesday, July 1, 2014

Ceritera hari ini ~~ VIVIX Shaklee

Assalamualaikum..

pin pin pin....

Promo bulan Julai 2014 adalah VIVIX. haaa...mesti ada yang dah xcited ni kan..ye la, produk hebat yang menjadi idaman ramai orang..so sesape yang berminat bolehlah pm/sms/whatsApp/weChat ke no ni 019-341 7931..

Promo Julai 2014 VIVIX
Promo Julai 2014 VIVIX


Lagi bestnyer, kalau beli 2 dapat free membership..haaa..dah jimat tu..untungnye kalau dah jadi member ni, boleh terus beli dengan harga ahli dan boleh menikmati promo setiap bulan...contohnya bulan ni promo VIVIX...best kan?? selain tu leh dapat cash bonus..

Double VIVIX Free Membership
Double VIVIX Free Membership

dan kalau cukup syarat, shaklee bagi bonus tengah bulan berikutnya...weeee....best nyer....

Bonus Shaklee
Bonus Shaklee

dah ada nombor ahli, tak nak g branch tuk beli barang pun takpe sbb shaklee boleh beli secara online (mmg ni pun yang saya selalu buat sbb tak sempat nak ke branch)..mudah lagi memudahkan kan?? 

Shaklee Online
Shaklee Online


just klik klik, barang pun sampai kat rumah..

Parcel Shaklee yang dah sampai
Parcel Shaklee yang dah sampai



best dan mudah kan?? ok..sebarang pertanyaan boleh hubungi 019-341 7931 ye..
Maaf andai ada salah silap dan selamat berpuasa semua... (^_^)


Natural Vitamin ~ produk shaklee
Natural Vitamin ~ produk shaklee

Monday, June 30, 2014

Terbaru dan terhangat di pasaran.. Phytocol ST Shaklee Menurunkan Paras Kolestrol

Alhamdulillah.. baru-baru ni Shaklee telah melancarkan satu lagi produk yang hebat dinamakan Phytocol ST Shaklee.. Jom kita kenal-kenal dengan produk baru ni..

Phytocol-ST Shaklee
Phytocol-ST Shaklee



APA FUNGSI PHYTOCOL-ST?

Ia menurunkan paras kolesterol. Kolesterol yang tinggi menyumbang kepada masalah jantung yang akhirnya boleh membawa maut. 

Kesan kolestrol yang berlebihan
Kesan kolestrol yang berlebihan



APA KEISTIMEWAAN PHYTOCOL-ST?

Keistimewaan Phytocol-ST Shaklee
Keistimewaan Phytocol-ST Shaklee

Phytocol-ST
Phytocol-ST



SIAPA SESUAI AMBIL PRODUK NI?

Anda yang punya masalah kolesterol tinggi
Anda yang suka makan makanan berkolesterol tinggi
Anda yang punya nafsu makan membuak-buak


TAHUKAH ANDA......

Rakyat Malaysia mengalami kolestrol yang tinggi
Rakyat Malaysia mengalami kolestrol yang tinggi

Tinggi kolestrol menyumbang kepada risiko penyakit jantung
Tinggi kolestrol menyumbang kepada risiko penyakit jantung



BAGAIMANA CARA MENGAMBIL PHYTOCOL-ST?

Disarankan untuk mengambilnya sebelum makan makanan berlemak.

Cara Pengambilan Phytocol-ST
Cara Pengambilan Phytocol-ST



BAGAIMANA UNTUK DAPATKAN PHYTOCOL-ST?
Hubungi 019-341 7931
http://naturalvvitamin.blogspot.com/
https://www.facebook.com/Naturalvitamin


Friday, June 27, 2014

ya Allah...Ramai yang tidak sedar ada fibroid di rahim??


fibroid tumors
fibroid tumors dan normal uterus

KEKERAPAN ketumbuhan fibroid di rahim dan pangkal rahim biasanya 40 peratus pada wanita terutama pada usia subur atau boleh hamil. Seramai 40 peratus wanita dengan fibroid tidak menghadapi sebarang masalah dan tiga perempat wanita yang mempunyai fibroid tidak menyedarinya kerana tidak mempunyai sebarang tanda atau kesakitan.

Pakar Runding Obsetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Dharmini Veerakumaran berkata, biasanya doktor hanya dapat mengesan melalui ujian pelvik atau ultrasound. “Ini berlaku apabila pesakit mengadu kedatangan haid yang luar biasa banyak atau berterusan lama," katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini. Menurut beliau, fibroid boleh berlaku di pelbagai tempat seperti dalam rahim, luar rahim serta pangkal rahim.

“Fibroid bukan kanser dan hanya satu dalam 3,000 kes yang menjadi penyebab kanser kecuali ia sememangnya kanser," katanya. Fibroid boleh berlaku sama ada dalam satu biji yang besar atau beberapa biji yang kecil tetapi dalam bilangan yang banyak. Biasanya fibroid yang tidak mengganggu pesakit akan dibiarkan saja tetapi saiznya yang semakin membesar dan keras seperti guli kapur menyebabkan pesakit tidak selesa.

Dr. Dharmini berkata, simptom fibroid bergantung kepada kedudukannya. “Misalnya terdapat pesakit yang mengalami darah haid yang banyak dan berterusan lebih daripada tujuh hari, sakit di bahagian ari-ari, kerap kencing, sukar kencing, sembelit dan sakit pinggang. “Fibroid di bahagian luar rahim biasanya menyebabkan haid yang berpanjangan," katanya. Pesakit yang mengalami sakit di bahagian ari-ari, haid yang banyak dan sakit apabila melakukan hubungan intim sepatutnya mendapatkan rawatan doktor. Ini kerana biasanya wanita yang mengalami fibroid rahim tidak mengalami sebarang kesakitan dan 75 peratus daripada mereka tidak mengetahuinya.

“Biasanya fibroid akan mengecut apabila wanita mengalami fasa menopaus mungkin kerana pada peringkat itu hormon tidak aktif," katanya. Wanita yang hamil dengan fibroid akan mengalami sakit di bahagian rahim menyebabkan keguguran atau bersalin bayi tidak matang kerana rahim mereka tidak boleh berkembang. Biasanya ibu yang mempunyai fibroid di rahim biasanya dinasihatkan bersalin secara pembedahan kerana bayi akan bersaing untuk ruang dengan fibroid.

“Pakar perubatan biasanya akan memberikan penerangan terperinci kepada pasangan yang mempunyai fibroid. “Ibu akan dinasihatkan agar berehat di rumah hingga cukup bulan," katanya. Bagaimanapun pembedahan membuang fibroid tidak boleh dilakukan semasa proses bersalin tetapi enam bulan selepas itu. Ini kerana ketika proses bersalin, keadaan rahim yang kembang dan kaya dengan salur darah menyebabkan risiko pendarahan.
“Ini akan menyebabkan risiko rahim rosak dan perlu dibuang," katanya.

Mengenai rawatan, Dr. Dharmini berkata, tidak terdapat ubat untuk mencairkan fibroid seratus peratus. Bagaimanapun terdapat ubat suntikan untuk mengecutkan fibroid sementara dengan memberikan ubat untuk menyebabkan menopaus sementara biasanya selama enam bulan. Biasanya pesakit mendapat rawatan kerana pendarahan yang teruk akibat fibroid yang besar dan mereka yang memerlukan pemindahan darah. “Pesakit akan diberikan ubat untuk menopaus sementara selama enam bulan dan ubat menambah hemoglobin dalam darah," katanya.

Bagaimanapun fibroid yang besar memerlukan pembedahan antara 10 hingga 20 sentimeter.
“Jika fibroid bersaiz kecil ia boleh dikeluarkan melalui pembedahan kecil," katanya. Ditanya mengenai kemungkinan fibroid tumbuh kembali, katanya, benih yang ada menyebabkan risiko tumbuh memang ada. Dr. Dharmini berkata, kini banyak penyelidikan sedang dijalankan untuk mengecutkan fibroid tanpa memberikan kesan sampingan kepada rahim.