Tuesday, June 17, 2014

Pengalaman Kandungan Luar Rahim / Ectopic Pregnancy ~ Part 2

Sambungan dari Part 1..

Hari ke 3 bekerja setelah 2 minggu MC, tiba-tiba saya rasa sakit sangat di bahagian bawah perut. Pergerakan saya terbatas. Husband saya terus membawa saya ke klinik berhampiran. Doktor melakukan pemeriksaan. Doktor mengesyaki kemungkinan sakit yang saya alami adalah kerana cyst. Sekali lagi doktor memberikan refer letter dan kami terus ke hospital. Kami memilih hospital tempat saya menjalankan D&C 2 minggu lepas dengan anggapan bahawa rekod saya telah ada di sana.


Kandungan Luar Rahim / Ectopic Pregnancy
Kandungan Luar Rahim / Ectopic Pregnancy


Di hospital, doktor mengesyaki saya mengandung luar rahim..pelik kan..saya lagi lah pelik..baru 2 minggu lepas buat D&C, cmne leh mengandung lagi?? doktor hanya membuat andaian sahaja kerana saya tidak mengalami tanda-tanda kandungan luar rahim..Namun operation segera perlu dilakukan kerana saya telah menanggung sakit dari awal pagi. bayangkan, gegaran sedikit pun saya rasa sakit sgt, macam mana nak suruh tunggu lagi.. tanpa sesuap makanan pun masuk ke dalam mulut ni..hilang selera makan kerana menahan kesakitan.Maka pada malam itu juga, perut saya dibelah..zaasss...

Keesokkan hari nya, doktor yang menjalankan pembedahan ke atas saya datang memberi penerangan bahawa tiub falopio belah kiri telah di potong kerana baby telah parking di situ. Hancur hati dan hilang punca seketika.. terasa diri ini sudah cacat dan tidak sempurna..mujur husband dan keluarga sentiasa di sisi memberi semangat dan merekalah punca kekuatan saya.

Nantikan sambungan cerita ini di part 3 


No comments:

Post a Comment