Monday, June 16, 2014

Pengalaman Kandungan Luar Rahim / Ectopic Pregnancy ~ Part 1

Setiap pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan zuriat sendiri. Berita kehamilan pasti disambut dengan penuh kesyukuran. Namun siapalah kita yang boleh memberi jaminan kandungan dalam rahim kita mampu membesar dengan selamat sehingga ke saat kelahiran..

Kehamilan, Mengandung
Kehamilan yang dinanti
2 bulan usia perkahwinan kami, sy dan husband mendapat berita gembira tentang kehadiran orang baru dalam keluarga yang baru dibina ini.. berita ini disambut gembira seisi keluarga. Rasanya seperti seluruh dunia hendak di khabarkan tentang berita gembira ini.. Kandungan berjalan lancar tanpa sebarang alahan sampai konfius kejap, betulke sy tengah mengandung ni?? 

selang 4 hari setelah membuat pengesahan di klinik, berlaku bleeding sedikit.. hal ini menjadikan saya sangat panik..terus bergegas ke klinik dan klinik memberi refer letter ke hospital. tiba di hospital maka bermula lah episod baru dalam hidup saya..perkara yang tak pernah terfikir akan terjadi telah terjadi pada diri saya. Pada mulanya doktor mengesyaki rahim saya tidak kuat. Maka saya telah di tahan di wad selama 3 hari dan kemudian diberi cuti sakit selama seminggu. 

Walaupun bleeding, saya tidak mengalami sebarang kesakitan. darah saya diambil untuk diuji bacaan hormon chorionic gonadotrophin (HCG) nya..seminggu kemudian doktor mengesahkan bahawa kandungan saya tidak menjadi kerana bacaan HCG tidak meningkat berganda seperti yang sepatutnya. Maka sekali lagi saya dimasukkan ke wad bagi tujuan D&C.. ketika ini memang sedih tahap maksima lah..berita gembira yang diterima hanya seketika sahaja.Selesai melakukan D&C, saya diberi Cuti Sakit (MC) selama dua minggu. 

Nantikan sambungannya di part 2


2 comments:

  1. ye fairuz..sendiri yang alami..lama dah simpan kenangan ni.. kenangan yang agak pahit, tapi ade manisnyer.. ^_^

    ReplyDelete