Thursday, June 19, 2014

Kesilapan BESAR kerana mengabaikan Vitamin E

Corak pemakanan zaman kini amat membimbangkan.. Dek kerana kesibukan kerja dan pelbagai tugas, ramai yang tidak menjaga pemakanan mereka. Mereka lebih gemar dan selesa memilih makan segera dengan alasan ingin menjimatkan masa.. Makanan segera ini lah yang akan mensegerakan pelbagai jenis penyakit menghampiri kita. Oleh itu, beberapa jenis vitamin yang mempu untuk menghalang dan mencegah penyakit harus diamalkan disamping menghadkan pengambilan makanan segera tersebut. Salah satu vitamin yang bagus diamalkan untuk menjadi mendinding buat diri kita adalah vitamin E.

Sememangnya menjadi 1 kesilapan besar jika kita mengabaikan pengambilan Vitamin E. Nak tahu kenapa?? Kenelah baca info di bawah ni :

Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. 

Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. 

Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. 

Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. 

Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan  perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

Vitamin E Shaklee
Sumber Vitamin E

Vitamin E boleh didapati daripada sumber makanan berikut: 
  • minyak sayuran
  • sayuran berdaun hijau gelap
  • kacang
  • biji-bijian dan semua bijirin
  • beras perang
  • makanan daripada jagung
  • telur 
  • rumpai laut
  • hati yang dikeringkan 
  • susu 
  • oat
  • daging 
  • kacang soya
  • ubi kentang 
  • selada air
  • gandum 
Akan tetapi, dapatkah kita pasti bahawa kuantiti makanan yang kita ambil ini dapat menampung keperluan vitamin E harian kita?


Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan :
Mudah radang dan odema ( pengumpulan air dalam tisu), pada bayi.
Penuaan kulit sebelum masa.
Rambut gugur
Anemia.

2 comments: