Friday, May 30, 2014

♥ PETUA DAN TIPS BERGUNA UNTUK ANDA ♥

Assalamualaikum dn slmt pg cameron highland..

Salam jumaat pd semua..jgn lupe banyakan berselawat dn banyakan sedekah. .

Ni ada petua atau tips yg sy nk kongsi. Moga bermanfaat..Selamat mencuba..


🐜Masaalah semut
Semut benci timun..letakkan kulit timun brdekatan lobang atau sarang semut atau di mna bnyak semut.

untuk mengilatkan cermin cuci lah dgn sprite (minuman Sprite)..

untuk menanggalkan chewing gum yg melekat pada baju..masukkan bju trsebut ke dalam freezer simpan slama 1jam..

💭untuk memutihkan baju putih..rendam dgn hirisan lemon selama 10 minit

untuk rambut nampak brseri..bubuh 1sudu teh cuka mkn sapu rata dibhgian atas rambut..kemudian terus cuci..

🍋untuk mmbanyakkan juice lemon.. rendamkan lemon di dlm air panas slma 1 jam..

untuk menghindarkan bau busuk pd sampah ddapur letakan skeping roti ketika kita memasak..

klo bju trkena dawat untuk mnghilangkanya..sapu ubat gg pda tempat yg trkena dawat itu biarkan ubat gg trsbut sampai kering kemudian cuci.

🐀untuk menghindarkan tikus..taburkan srbuk lada hitam dmna 🐀 slalu ada.. 🐀

minum air suam 1,2 gelas sbelum tidur.bole mngurangkan 90% dri serangan jantung..bgitu juga bila bngun pagi..

sperti yg kita maklum air sangat penting pda system badan kita tapi kkdang kita tidak ambil tau kenapa kita harus mminum air suam

meminum air pda masa yg sesuai dgn kadar maxima yg dprlukan oleh tubuh manusia akan mmbawa kesan yg baik.

mminum 1 gelas air slpas bngun⛅bole mngaktifkan organ2 dalaman..

mminum 1 gelas air 30 minit sbelum mkn mmbantu penghadaman.

mminum 1 gelas air sbelum mandi🚿bole mmbantu mngurangkan tekanan darah

mminum 1 gelas air sbelum tidur bole mnghindarkan stroke dn serangan jantung


Thursday, May 29, 2014

Performance Drink yang menyegarkan dan sangat sheeedappp. ..

Salam semua..
Hahaha...ni lah model sy pd hari ni..model cilik tuk performance drink. .semalam sempat sy bancuh sebotol dan letak dlm peti ais...td balik keje penat2 terus teringat air performance drink dlm peti ais yg sy bancuh smlm..ape lg,sepantas kilat g ambil.. berebut plk dgn model dlm gmbr ni..sib baik model lg sorg x prasan..klu x msti berebut dn last2 sy dpt minum sikit je..

Camne rase performance drink ni??
Rase oren segar yg sgt sheeedappp..seriusss x tipu..rasa lega dn hilang penat lelah balik kej3..ece ewahhh...

Performance drink ni mampu memberikan tenaga dengan segera..if demam,batuk dn selesema pun elok amalkan minum air ni..budak kecik pun boleh minum.. sesuai utk seisi keluarga..

Kepada yg ingin cuba dn berminat, jgn malu2 tuk cntact sy ye..

Model cilik dgn performance drink 

kedai bergerak saya.. sy ♥business shaklee...

Assalamualaikum. .hello hello...

Kami di cameron highland skrg smpai hari sabtu..saje ikut en suami keje..

Mummy dn aryan


Tapi kedai sy masih beroperasi seperti biasa..oder masih dibuka..promo meal shakes tinggal 2 hari je lg..sape yg belum buat stok utk bulan puasa ni boleh pm sy..nk booking dulu pun boleh.. (^_^)

Model  meal shakes

Tazkirah ~~ Berpagi-pagilah dlm mencari rezki

Assalamualaikum dn selamat pagi dunia
Dah dah jgn tido balik pas solat subuh td..bangun dan bersiap2 utk g koje..hehehe..


Sabda Nabi:-

Maksudnya:berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.(riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)


Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya:


"Bangun! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan"

Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yg berbunyi: 

(Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi). Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh.


Buat suami, carilah rezeki. Jangan tidur.

“Kemudian setelah selesai solat, maka betebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). – Surah Al-Jumuah (Ayat 10)

Wednesday, May 28, 2014

Set Mighty 3GEM ~ cergas bertenaga walaupun berpuasa..

Pejam celik pejam celik tinggal sebulan je lg kita akan bertemu dengan bulan mulia iaitu bulan ramadhan, insya Allah..apakah persediaan kita untuk menyambut ramadhan nnti??bg mereka yg ade trtinggal puasa, dh gnti ke belum?

Untuk meghadapi bulan puasa nanti, sy cadangkan set 3M yang mengandungi ESP, meal shakes dn performance drink... insya Allah set ini akan membantu kite lebih bertenaga sepanjang hari walaupun kite sedang berpuasa..bile bertenaga,insya Allah amalan lain pun dpt dilaksanakan dengan sempurna spt solat tarawikh, bertadarus dan macam2 lagi..bulan ramadhan ini lah masa utk kite collect pahala banyak2 sbb setiap perkara baik yg kita lakukan,ganjaran nya berlipat kali ganda.. ♥♥♥
sihat bertenaga
Set Mighty 3GEM

Tuesday, May 27, 2014

Cantiknye kulit awakkk...Vita-E Complex lah rahsianya...

Hari ni sy nak cerita pasal Vita-E Complex ni sbbnye tgh tadi time lunch kami membincangkan pasal kulit cantik...haaa..orang perempuan memang suke bab-bab kulit cantik ni kan?? sanggup berabis janji nampak cantik..tapiiiiiii....jangan salah anggap ye..kaum Adam pun sangat menjaga kecantikan kulit ye...buktinye kami ade tanya kawan kami dan memang die mengakui yang die memang mengamalkan Vitamin E..wahhh...

jom baca pasal Vitamin E ni..

Sekilas Fakta: Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Berdasarkan kajian,vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit. Ianya larut lemak yang disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot. Namun, yang menariknya vitamin E ini ialah, 60-70% darinya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin A.Vitamin E dikira dalam unit IU (international units) yakni 1 IU bersamaan 1mg. Vitamin E terdiri dari 8 komponen dalam 2 kelas utama : tocopherols dan tocotrinols yang terdiri dari komponen2, alpha, beta, gamma dan delta. Vitamin E yang lengkap sepatutnya mengandungi kesemua 8 komponen tersebut. Alpha tocopherols adalah komponen yang paling aktif, malah IU dikira berdasarla alpha-tocopherols.

Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.

Khasiat Vitamin E :
  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Memperbaiki peredaran darah,utk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic payudara
  • Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
  • Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
  • Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.
  • Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
  • Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
  • Merendahkan kadar kolesterol.
  • Membantu mencegah kanser.
  • Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
  • Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.

Sumber makanan Vitamin E: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian, dan semua bijirin. Beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum

Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan: Mudah radang,penuaan kulit sebelum masa,rambut gugur,anemia. Ini testimony Fai yang menggunakan Vitamin E..



Testimoni Vita-E Complex
Mlm tdi sbelum tido ade pimple besar kt dagu. Arghhh!! Tensen dibuatnye...dh la besar,merah lak tu...Tetibe teringat lak Vit E ni. Sbelum tido Fai basuh muka,lap bersih2...Pastu terus sapu myk Vit E ni kt pimple tu, then terus tido...Tpi sebelum tu after dinner Fai dh telan sebijik Vit E ni...Pagi tdi bile tgk cermin..Pimple dh kecik..Dah x merah lagi...Bestnye!!!! Alhamdulillah syukur...Sgt bersemangat nk pegi kerja sbb pimple dh kecik n xnmpk sgt. Hehehe...Sorry la, smalam tensen punye pasal terlupe nk snap gmbar. Kalo x mesti lagi best kn..Huhu..

Vita-E Complex
Sumber : ummiirfan.com

Sunday, May 25, 2014

PEPPERMINT-GINGER PLUS ~~~ Gabungan 4 herba Terbaik..

gastrik, pedih ulu hati, mabuk laut, loya, perut tidak selesa
Peppermint Ginger Plus


PEPPERMINT-GINGER PLUS
------------------------

Perbezaan Shaklee:
Kombinasi 4 Herba dari Barat dan Timur, dan dihasilkan di bawah prosedur standart dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini.
Secara klinikal sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.

Manfaat Utama :-
1. Pudina - Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang. Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit. Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kemoterapi. Pudina merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selesema. Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.

2. Halia - Masyarakat cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun. Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang). Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita; penyelidik di Switzerland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedi lain seperti merawat mabuk laut. Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat/mencegah masalah kesihatan ketika dalam perjalanan/pengembaraan.

3. Pokok Adas (fennal) - Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkankembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. Juga, ia dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

4. Jintan Manis (anise) - Digunakan oleh orang-orang Mesir Purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa; melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.



TESTIMONI PEPPERMINT-GINGER PLUS
Testimoni PEPPERMINT-GINGER PLUS

Testimoni PEPPERMINT-GINGER PLUS

Testimoni PEPPERMINT-GINGER PLUS

Saturday, May 24, 2014

Bagaimana Shaklee Dapat Membantu Pesakit Gout??


Apa Itu Sakit Gout?






Serangan gout pada sendi ibu jari kaki





Sakit gout adalah sejenis penyakit sendi yang berpunca daripada pembentukan kristal asid urik di dalam cecair sendi ekoran daripada kandungan asid urik yang tinggi di dalam darah.

Sakit gout akan membawa rasa sakit yang ketara, terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah akibat daripada radang. Jika dibiarkan, ia akan merebak ke sendi-sendi lain sementara menyebabkan hakisan pada permukaan dalaman sendi dan tumbuhnya tophi gout yang keras pada permukaan kulit.

Masalah batu karang pada buah pinggang turut sering berlaku pada penghidap gout. Begitu juga dengan Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka mempunyai kandungan asid urik darah yang tinggi.

Serangan gout adalah kronik dan berpanjangan. Serangan gout tiba-tiba jenis ini dikenalpasti sebagai jenis sakit gout yang berulang-ulang. Semasa sakit itu, sendi akan menjadi bengkak dan rasa berdenyut-denyut, keadaan ini akan berterusan untuk tempoh lebih kurang satu minggu.


Faktor-faktor berikut juga boleh menyebabkan gout:

1. Diet dan berat badan juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet.

2. Ubat juga mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics.

3. Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout.


Tanda-Tanda Sakit Gout

Sakit gout biasanya menyerang ibu jari kaki.


  • Ibu jari yang diserang akan menjadi bengkak kemerahan, panas, dan mengalami sakit yang ketara.
  • Serangan sakit gout biasanya berlaku secara tiba-tiba.
  • Bahagian yang diserang akan menjadi sangat sensitif sehingga tiupan angin pun boleh membawa kesakitan
  • Jika tidak dirawat, bengkat tersebut akan berlarutan berhari-hari sehingga lebih daripada satu minggu.
  • Kemungkinan besar sakit gout akan menyerang kembali selepas beberapa minggu atau bulan.
  • Sakit gout juga boleh menyerang pada sendi-sendi lain seperti lutut, buku lali, pergelangan tangan dan jari-jari.



Antara makanan yang patut di elakkan ialah:-

  • Makanan laut seperti ikan, kerang, sardin dan ikan bilis.
  • Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam.
  • Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung.
  • Daging merah.
  • Cendawan.
  • Yis (roti putih, roti manis).




Bagaimana Shaklee boleh membantu anda?


SET 3M 



Pengambilan beberapa supplemen berikut dapat membantu mengurangkan asid urik dalam badan pesakit Gout.

1. Alfalfa - untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.

2. Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.

3. Joint Health Tablet - memberi keselesaan kepada sendi

4. OmegaGuard- Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.

Nampak banyak? Namun inilah yang paling asas dapat kami bantu. Jika dapatkan konsultasi dari doktor, mereka pasti menyarankan pesakit bergantung dengan ubat selama2nya namun kesan ke atas buah pinggang hanya pesakit yang menanggungnya.

sumber :
http://sakitgout.com/2010/11/apa-itu-sakit-gout/, http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/GoutUricAcidTreatmentCure.html, http://www.anakkuwiraku.com/2009/10/bengkak-gout-bagaimana-nak-atasi.html

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.




Testimonial  dari Puan Aula:

Condition gout mama mmg terukk…….Everytym tersalah makan or terlalu lame berdiri.. her kaki will bengkak merah and she cant even make a step sebab rase macam ade jarum cucuk2 kaki die… It is so painful that sometyms she just cant stand it and cry…

So everytime die kena gout die baring je la kat atas katil and abah will give her pain killers to ease the pain and she get an injection from the clinic. And the Doctors said injection is not good for her body because of the side effects..( I tak sure about it nanti i post semula k!)..

Anak mane yang tak sedih kan?!!!! So looking at the positive effects on me after taking SHAKLEE suppliments.. So I try the pack suggested for GOUT by SHAKLEE;

My mum starts consuming it.. And the very next day NO JOKE… die cakap sengal2 dah kurang tapi sakit2 masih ada..

Alhamdulilah with GOD’s will…AFTER 1 WEEK… she is getting better, kaki mmg still bengkak tapi she dah boleh jalan without complaining sakit…. sape2 yang pernah jumpa my mum dulu jalan hinjut2 and very2 slow..

AFTER 2 weeks… ramai la puji dia ” Puan Saidah sekarang nampak sihat la muka pun tambah berseri”. Apa lagi berbunga2 la hati my mum tuh!!

Sedih jugak i dengar sebab selama nie saya tahu my mum sakit tapi tak buat ape2.. Sekarang saya bersyukur saya belikan SHAKLEE pack for her.. Dulu kalo she tengok TV, die takleh bersimpuh or seangkatan dengannye and the good news.. “SHE CAN BEND HER KNEES only after TWO WEEKS!!!”

Sumer nie dengan KEBESARANYA dan usaha untuk try other alternatives SHAKLEE. It might be small to some but to her sangat bermakna means she can be more active to be with her cucu…

Tapi kalo korang nak tahu hah ade BONUS TAMBAHAN dalam mengambil suplemen di atas… Mulanya I tak perasan then selepas seminggu mama cakap tak cungap2 she can talk calmly and her BREATH dah tak berbau….

YEap dats right dulu mama ade masalah mulut berbau because of the medication she’s taking due to her asthma… hah panjang la cerita die nie hehe:) PAsal mulut berbau nie nanti I post special entri k!!

SO Itula testimoni mama saya… selepas mengambil nya almost 2 bulan dah ALHAMDULILAH perubahan positif pada mama.


Friday, May 23, 2014

FAKTA BUKAN AUTA : 9 Fakta sensasi tentang madu yang perlu anda tahu

Salam semua..

Pagi tadi on the way nak ke pejabat, saya layan radio era sepanjang perjalanan. Macam biase, Riuh Pagi Era membuatkan saya tersenyum dan gelak sorang-sorang dalam kereta.. Antara topik menarik yang di kongsikan oleh DJ era pagi ni adalah Beberapa fakta menarik berkaitan madu.. so kat sini saya nak kongsi jugak la untuk makluman semua..


Madu oh madu

9 Fakta sensasi tentang madu yang perlu anda tahu...

Madu merupakan makanan yang tidak asing lagi bagi kita rakyat Malaysia. Madu dikatakan mempunyai 1001 khasiat dan boleh menghindarkan pelbagai jenis penyakit jika kita mengamalkannya secara konsisten.

Madu, hidangan sihat, manis, dan lazat. Malah Kita dapat bertahan hidup hanya dengan makan madu sahaja. Benarkah? Berikut ini beberapa fakta menarik tentang madu :

1. Sumber makanan.

Madu merupakan sumber makanan agar seseorang perlu hidup. Di dalamnya mengandung antioksidan, vitamin, mineral, bahkan air.

2. Membuat sihat.

Madu juga mengandungi enzim tertentu yang membantu tubuh mencerna makanan dan menjaga sistem kekebalan tubuh bekerja dengan baik. Secara keseluruhan, madu sihat untuk pencernaan, tulang, dan menyeimbangkan berat badan.

3.  Menyembuhkan.

Selain sihat, madu juga bersifat penyembuhan. Beberapa keadaan kesihatan yang dapat diubati dengan madu adalah alergi, infeksi, sakit kerongkong, dan luka terbakar.

4. Tidak basi.

Madu dapat disimpan tanpa takut akan basi.

5. Rasa madu.

Madu memiliki rasa yang berbeza. Itu kerana perbezaan bunga yang dihisap oleh lebah. Selain rasa, warna madu juga dibezakan oleh jenis bunga.

6. Jerawat.

Lupakan pembersih mahal yang dijual di pasaran jika kita ingin mencuba menyembuhkan jerawat. Gunakan masker madu dan biarkan selama beberapa minit sebelum dibilas. Jerawat secara berkala akan berkurang.

7. Kecantikan.

Anda mempunyai maslah kulit kering dan kedut di bahagian mata ? Sapukankan madu ke wajah. Biarkan selama 30 minit sebelum dibilas dengan air hangat. Madu tidak hanya sesuai untuk kesihatan, tapi juga kecantikan.

 8. Parasit.

Ada parasit dalam tubuh yang mampu menyebabkan penyakit berbahaya. Untuk menghilangkannya, cubalah minuman campuran madu, cuka, dan air.

9. Menenangkan.

Jika kita merasa cemas, gugup, atau insomnia, cubalah mengambil madu. Madu memberikan efek menenangkan pada tubuh. Madu juga merupakan sumber tenaga yang efektif jika kita merasa lelah. 

Pssttttt....Jangan menggunakan sudu besi dan jangan simpan madu di dalam peti ais.

Thursday, May 22, 2014

15 Kebaikan Meal Shakes Shaklee yang anda perlu tahu..

Meal Shakes


Mesti ramai nak tau kenapa BEST sangat Meal Shakes Shaklee ni kann...
15 Kebaikan Meal Shakes Shaklee yang anda perlu tahu..

1. Membantu meningkatkan selera makan anak
2. Membantu perkembangan minda
3. Membantu tumbesaran
4. Mengurangkan ekzema
5. Membantu anak untuk kekal aktif
6. Membekal nutrisi lengkap untuk anak yang dah berhenti susu
7. Memberi pelindungan kepada anak-anak terhadap jangkitan penyakit
8. Membantu meningkatkan berat badan anak
9. Membantu anak untuk fokus terutama dalam pelajaran
10.Membantu mengurangkan kekerapan asthma
11. Membantu mengatasi masalah sembelit pada anak
12. Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
13. Membantu menurunkan berat badan anak yang obes
14.Meningkatkan kecergasan anak-anak pada awal pagi 
14.Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan dalam bijiran ataupun susu

Wednesday, May 21, 2014

Kelebihan dan Manfaat VIVIX Shaklee yang anda perlu tahu..

VIVIX


TAHUKAH ANDA?

Antara kelebihan dan manfaaat VIVIX Shaklee yang perlu anda tahu..

1. Melindungi jantung
2. Melindungi dari luka akibat radiasi UV
3. Melindungi dari kerosakan pada bahagian otak
4. Merencat pembiakan H. pylori yang menyebabkan jangkitan peptic ulcer
5. Anti penuaan
6. Menghalang virus Herpes 1 dan 2 daripada membiak
7. Melindungi saraf
8. Melindungi peparu daripada kerosakan DNA dan kematian sel
9. Menghalang pengoksidan LDL
10.Mengurangkan pelekatan antara platlet sebagai respon anti-radang seterusnya mempercepatkan penyembuhan luka
11.Merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
12.Mencegah kanser prostat, pankreas, gastrik dan tiroid
13.Menurunkan paras gula bagi pesakit Diabetes
14.Memberikan tenaga dan mengelakkan kelesuan
15.Kesihatan dan perlindungan sistem imun
16.Kesihatan optimum dan kesejahteraan

 Apakah fungsi VIVIX SECARA UMUM?
  
~ Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.

~ Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

~ Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

Macam mana rupa VIVIx ni ye??

sila tengok gambar di bawah ini (^_^)
VIVIX



Tuesday, May 20, 2014

Blurr?? Sy tlg jawabkan : Selamatkah kalau terus ambil set kurus selepas bersalin?

Semalam ade kawan tanye, die nk amik set kurus shaklee (omega + alfafa + herblax)..ESP sy tak suggest sbb die mmg dh ade.. Tp die risau takut susu drop.. Lg 1 die risau nk ambil skrg..nk tunggu lps abis pantang..


Set Kurus Shaklee dan fungsi-fungsinya


Jawapan kpd persoalan tersebut adalah vitamin shaklee tidak mengganggu penghasilan susu..malah akan membantu penghasilan susu kerana adanya gabungan alfafa dan ESP di situ.. Jawapan kpd kepada persoalan yang kedua adalah vitamin shaklee boleh terus diamalkan kerana ianya selamat dan 100% semula jadi..CUMA, pengambilan alfafa digalakkan selepas 2 minggu bersalin kerana bimbang jika bayi ade kuning / jaundice..



Bayi sedang menerima rawatan akibat Jaundice / kuning


Jika anda ada masalah atau sebarang persoalan 
bolehla sms/whatsApp/weechat/telegram ke 019-341 7931

Lukisan Kehidupan ~ bersederhana lebih baik

Cerita di pusat service kereta pagi tadi.. Sy dtg awal...kul 8.30 pg sy dh smpai..amik no dn terus dipanggil..nmpk nye sy adalah customer ke 2 utk hari ini..  Bile nombor dipanggil, sy terus ke kaunter..sebelah sy ade seorang wanita yg pd sy kire pangkat makcik..die pandang sy atas bawah atas bawah mcm sy ade buat salah...gluppp...sy pun hanya tunduk shj..x berani nak bertentang mata..
Pusat service kereta ~ gambar sekadar hiasan



Tetiba staff yg baru selesai memeriksa kereta mak cik trsebut pun sampai..terus staff tersebut menyatakan bahawa mileage krete mak cik tersebut rendah..terus mak cik tu bersuara dgn agak kuat "ye la..sy ade 2 kereta..jarang pakai..kereta tu pakai buat pusing2 je"..
dlm hati sy "mak aii...beli kereta jenama #*£€% utk saje2 bawak pusing2 je..hebat mak cik ni.." 

Perlahan-lahan sy cuba memandang wajah mak cik di sebelah sy ni.. Mmg mak cik ni org berada..lihat sahaja gelang emas di kedua2 tangan nya, bersize lebih kurang 2cm lebar nya..bunga di cincinnya sebesar duit syiling 20 sen...penuh dengan perhiasan emas... Masya Allah...
Gelang Emas ~ gambar sekadar hiasan

Sy Bukan cemburu pd kekayaan mak cik ni..tp sy lebih risaukan keselamatan mak cik ni..melihat mak cik ni, sy teringatkn mak sy di kampung..zaman skrg rase nye x perlu nk pamerkan kemewahannya..pakai lah secara bersederhana..perbuatan tersebut dikhuatiri akan mengundang masalah..jenayah sekarang boleh berlaku di mana2 dan x mengira mangsa..

Ape pun, sy doakan keselamatan mak cik ni dn semua sahabat di luar sana..moga sentiasa di bawah lindungan Allah SWT..

Tuesday, May 13, 2014

6 sunnah of drinking

6 sunnah of drinking

  •  Abra' (Melepaskan penyakit)
  •  Arwa' (Menghilangkan kehausan)
  •  Amra' (Menguatkan sistem pencernaan)




Kenapa kena minum 3 kali teguk/nafas?

Minum dengan tiga kali tegukan dan elakkan bernafas ke dalam bekas minuman. Setiap kali berhenti minum hendaklah diarahkan pernafasan ke tempat lain.

Dari Abu Qatadah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika kamu minum maka janganlah bernafas dalam bekas air minumnya.” (HR. Bukhari dan Muslim r.a.)
.
Nabi SAW sering meminum dengan tiga kali teguk, sambil bernafas di luar gelas dan mengucapkan ‘Alhamdulillah’ di antara tiga kali tegukan. Baginda SAW juga akan teruskan minum dengan setiap tegukan diselangi bernafas di luar gelas sehingga habis.


Kenapa tak boleh meniup dalam cawan?

Jangan bernafas dan meniup air minum di dalam bekas, terutama meniup air yang panas, kerana perbuatan itu akan menjadikan minuman bertoksid disebabkan Co2 yang dihembuskan ke dalamnya.

Ubay bin Ka’ab berkata: “Rasulullah SAW tidak pernah meniup makanan dan minuman, tidak bernafas di dalam cawan. Bahkan beliau melarang meniup makanan dan minuman.”


Credit to msredcheesecake

Monday, May 12, 2014

Tiroid dan ikhtiar dengan Shaklee


Penyakit tiroid bagi yang tidak mengetahui kesannya mungkin akan menganggap penyakit ini sebagai penyakit remeh. Namun hakikat sebenar, penyakit tiroid ini merbahaya hingga boleh membawa maut pada si pengidap jika tidak dirawat dengan segera.

Jika mengikut dari bacaan dari beberapa sumber seperti wikipedia dan akhbar Utusan, wanita lebih mudah untuk diserang penyakit tiroid berbanding lelaki. Empat nisbah satu penyakit tiroid menyerang wanita berusia 20 tahun ke atas kerana sebab dan alasan yang tidak diketahui hingga kini. Penyakit ini boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan.

Punca penyakit Tiroid – Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga)

 Ada dua jenis penyakit tiroid yang utama:-

     1)   Hipertiroidisme / Tirotoksikosis
     2)   Hipotiroidisme

Hipertiroidisme / Tirotoksikosis
Hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :

    Grave’s disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan

Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:
        Bengkak di leher
        Cirit birit

        Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
        Gementar dan gelisah, terketar-ketar
        Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
        Kesuburan turun
        Penumpuan kurang
        Mata menjadi besar (bulging)
        Angin yang tidak menentu
        Kejang otot
        Oesteoporosis (kereputan tulang)
        Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
        Suhu badan naik, tak tahan panas
        Rambut tidak kuat
        Sukar bernafas
        Sukar tidur
        Tekanan darah naik
        Turun berat badan walaupun selera naik
        Lemah
    

Hipotiroidisme
Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup.

Tanda-tanda orang yang menghadapi hipotiroidisme-
        bengkak kaki
        ingatan terganggu

        lembap
        malas
        kuat tidur
        badan sering terasa sejuk dan boleh mengakibatkan masalah jantung

Bagaimana cara untuk merawat penyakit kelenjar Tiroid?
Pesakit yang mengalami penyakit HIPOTIROIDISME mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala bergantung kepada aras hormon tiroid.

Bagi yang mengalami sakit HIPERTIROIDISME pula, iodin beradioaktif diberikan untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan.

Walaupun dengarnya seperti menakutkan, tetapi penyakit ini tidak merbahaya sekiranya pesakit menerima rawatan dari peringkat awal.

Pesakit HYPOTIROID tidak boleh mengambil ESP

Pesakit HYPERTIROID tidak boleh mengambil Vitalea

Apakah supplement Shaklee yang menjadi pilihan utk pesakit tiroid ini???

bagi yg jenis HYPER

= VIVIX
= ESP

bagi yg jenis HYPO

= VITALEA
= VIT E COMPLEX
= OMEGA GUARD
= B COMPLEX


VIVIX

VIVIX SHAKLEE









ESP

- mengandungi protein soya yg mempunyai estrogen
- Kajian mwendapati estrogen boleh mengahalang pengeluaran hormon tiroid seterusnya mengurangkan paras hormon tiroid dalam badan.
- ini berguna utk pesakit hypertiroidisme iaitu terlebih hormon tiroid
- boleh menyebabkan kurang rembesan hormon tiroid jadi tidak sesuai untuk pesakit hipotiroidisme (kurang hormon tiroid)


VITALEA

- Multivitamin yg mempunyai semua vitamin baik seperti iodin, vit a,d,e, b2,b3 dan zinc sgt sesuai utk pesakit hipotiroidisme
- Sumber iodin (sumber kekurangn iodin adlah punca penyakit hypotiroidisme)
- vitamin a, d menmbah keberkesanan t3 (hormon tiroid yg aktif)
- vitamin b2,b3 dan b6 berfungsi dalam pengahsilan hormon tiroid
- zinc diperlukan dalam penghasilan tiroksin atau t4(hormon tiroid yg tidak aktif) dalam kelenjar tiroid dan proses penukaran t4 kpd t3 (hormon tiroid aktif)



VITAMIN E

- Mengandungi 10mg selenium semulajadi
- selenium diperlukan utk penukaran kepada t3 dan juga mengurangkan antibodi kpd tiroid (salah satu penyebab hipotiroidisme ialah autoimmune atau kehadiran antibodi terhadap sel tiroid dalam badan)


Credit to Mama Aryan