Monday, April 21, 2014

PANDUAN/TIPS MUDAH HAMIL

Assalamualaikum semua..


Malam-malam ni saya saje je blog walking untuk cari info yang menarik supaya dapat dikongsikan pada semua.. Tiba-tiba teringatkan Dr Hamid Arshad..  Dulu masa mengandung, dua-dua anak saya check up dengan Dr Hamid.. Service nye mmg terbaik.. sebarang masalah dan persoalan dijawab dengan terang dan jelas.Banyak juga tips-tips yang Dr berikan utk panduan sepanjang saya mengandung dulu..

Dalam banyak-banyak info, sy tertarik nak kongsi berkaitan panduan mudah hamil ni..Info yang menarik ni saya dapat dari blog Dato' Dr Hamid Arshad la...Mungkin info ini sedikit sebanyak dapat membantu anda..
TIPS MUDAH HAMIL


BEBERAPA PANDUAN UNTUK MUDAH HAMIL


1. Untuk wanita kahwin cepat bila ada peluang. Terbokti wanita paling subur sebelum umor 20 tahun. Masa itu belum tumbuh endometriosis , fibroids dan lain2 penyakit peranakkan.


2. Lebih 80% akan hamil satu tahun lepas kahwin. Jika ada senggugut atau gangguan haid jumpa doktor secepat untuk periksa peranakkan dan ujian kesuburan.


3. Tentukan status kesihatan suami isteri terbaik. Buat rawatan jika ada penyakit.


4. Mampu buat hubungan seksual yang  sempurna dan memuaskan. Ada yang kahwin selama 6 tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri. Jumpa pakar untuk rawatan jika masih gagal dalam tempuh 6 bulan kahwin.


5. Peluang hamil terbaik jika pusingan haid isreri teratur iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Waktu subur atau ovulation pada hari ke14 jika pusingan 28 hari dan subur hari ke16 jika pusingan 30 hari.
Waktu subur bolih dikesan olih catitan suhu BBT dan ovulation test kit.BBT



6. Hubungan seksual selang malam mulai hari ke12 hingga hari ke20. Kekuatan benih suami terbaik dalam jarak 48 jam.
Baca fatiha, ayat qursi dan tiga qul sebelum tidur. Baca doa untuk dapat zuriat yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi dari gangguan syaitan.
Jangan bangun untuk buang air atau cuci faraj bila bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah pinggong selama 2-4 jam atau terus tidur.
Jika ada peluang pergi cuti ditempat peranginan ketika isteri subur.



7. Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada kedua suami dan isteri adalah sangat  untuk menjayakan kehamilan.
Exercise selama 30 minit sehari dengan berjalan kaki , jogging , kayuh basikal, berkebun, basuh kereta atau cuci rumah.
Buat senaman yoga, tai chi atau deep breathing exercise.
Mulut dan hati sentiasa berzikir mengingati dan memuji Allah SWT.
Baca quran 2-3 muka setiap hari.
Tahan marah dan bersabar walaupun menghadapi provokasi.



8. Kawal berat badan. Kegemokkan akan mengganggu hormon subur dan menghindar pematangan telor/ovulation. Rujuk kepada garis panduan untuk menguruskan badan.


9. Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting. Sebaikknya 70% makanan dari bahan2 segar segar mentah - buah2 dan sayur2. Minum juz segar dari buah2 dan sayur2 Jauhkan gula dan manisan, fast dan junk foods . Rujuk garis panduan pemakanan


10. Makan supplement multivitamis, vit E dan C, folic acid. Dan tambahan untuk suami zinc dan selenium.


Sumber : http://hamidarshat6.blogspot.com



No comments:

Post a Comment