Friday, March 7, 2014

TAZKIRAH JUMAAT : REZEKI TAK SAMA DENGAN MILIKI..

SALAM JUMAAT semua sahabat... Penghulu segala hari...
Perbanyakkan sedekah ye sahabat sekalian..mula kan dengan sadakah Al-Fatihah buat kedua ibu bapa kita, adik beradik, ahli keluarga, sahabat handai dan semua umat Islam..





kalau ade yang memerlukan bantuan kewangan, hulurkan lah setakat yang kita mampu..

Ingat...tak muflis pun kalau kite bersedekah..malah bertambah kaya lg ade lah... 
kaya tak semestinya nmpak secara zahir. Dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan fikiran, lapang dada, keluarga bahagia dan anak-anak yang sihat, itu semua dah dikira kaya.. 





Pagi ni sy nak kongsi 1 cerita berkaitan REZKI/REZEKI. thnks to mr Randy Rodriguez sbb bg sy share cite ni kat sahabat semua.. selamat membaca~~~~



***apa yg kita miliki belum tentu rezeki kita..dan rezeki kita x semestinya milik kita..haaa,pening tak pening tak? ok,sy bg satu contoh mudah..kisah yg benar tp diolah jln cerita supaya nampak mudah difahami..



Ceritanya, hari ni seorang pemuda pergi isi minyak motor..nak dijadikan cerita,minyak tak habis isi (ada balance lagi) tp tank minyak dah full..nk tinggalkan rasa membazir..lalu pemuda tersebut isi dlm botol dan simpan dlm boot motor..keesokan harinya, dlm perjalanan di federal highway, terlihat seorang pasangan yg sedang menolak motor di pinggir jalan..lalu pemuda tersebut teringat dlm boot ada minyak balance semalam (walaupun x pasti apa masalah pasangan tersebut samada motor rosak ka,minyak abes ka, tayar pancit ka)..



pemuda : assalamualaikum..knp ni bro.??rosak ke??

pasangan : wslm..minyak abes la dik, x perasan..lupa nk isi..


lantas si pemuda terus membuka boot motor dan menghulurkan sebotol minyak petrol kpd pasangan tersebut..



pemuda : nah,ni ada sikit..sempat kot nk smpai kat stesen minyak yg terdekat..

pasangan : eh, mana dtg minyak ni..terima kasih, berapa ni dik?? (cuba membuka dompet ingin menghulurkan sejumlah wang)
pemuda : eh, xpelah bro..hari ni hari abg, lain hari mana taw sy plak lupa nk isi minyak..hehe..


lalu pasangan tersebut menelefon rakan nya..



pasangan : assalamualaikum..mad (bukan nama sebenar), tak payah lah kau datang..dah ada minyak dah ni..

mad : eh, mana dapat.??
pasangan : Alhamdulillah..Rezki Allah..


pengajaran nya di sini..apa yg kita ada, sebahagiannya terdapat rezeki/hak org lain..Hah,nampak tak.?? pada zahirnya, minyak petrol tu milik pemuda tersebut kerana dia yg membeli...tapi hakikat nya, sebahagiannya rezki kpd pasangan tersebut..Nah, lihat pulak apa pasangan tersebut ckp kpd rakan nya.. "REZKI ALLAH"..sesungguhnya apa2 yg kita perolehi semua dtg drpd Allah, dan akan dikembalikan kpd Allah jua.. 



p/s : jgn lupa utk bersedekah/membayar zakat krn sesungguhnya sebahagian dr rezeki kita adalah hak kpd yg lain..x berkurang pun rezeki kita jika kita bersedekah/membayar zakat,bertambah lagi ada.. tidak pernah terputus rezeki yg Allah kurniakan kpd hamba-Nya (kecuali sudah mati)..manusia je yg berputus asa meminta kpd Allah..



sekian sahaja coretan dr seorang Hamba yg seringkali alpa..***



credit to mr Randy Rodriguez



Pengedar Sah Shaklee Shah Alam & Putrajaya

sms/WhatsApp 019-341 7931
sy akn bantu dr A-Z 

No comments:

Post a Comment