Sunday, March 23, 2014

SENAMAN KETIKA HAMIL

Walaupun sedang mengandung, anda tidak boleh mengabaikan tahap kesihatan dan kecergasan diri..Senaman ringan perlu untuk kebaikan si ibu dan juga bayi dalam kandungan. Namun si ibu perlu bijak memilih senaman yang bersesuaian dengan keadaan diri dan tidak mencederakan sama ada ibu ataupun bayi dalam kandungan. Terdapat beberapa jenis senaman yang selamat diamalkan seperti berikut :

Senaman Ibu Mengandung
1. Aerobik - gerakan ringan dan perlahan mampu memberikan stimulasi kpd jantung, otot dan paru-paru. 30 minit sudah memadai utk setiap sesi..

2. Berenang - senaman yg sangat bagus kerana berenang melibatkan seluruh anggota badan. Dengan mengamalkan senaman ini, ia mampu menyelesaikan masalah kesukaran tidur yg dialami oleh para ibu hamil dan dapat memberikan kelegaan kepada kaki yg bengkak.

3. Yoga -Kebaikan yoga adalah ia mampu memberikan tumpuan kpd penafasan, ketenangan, kedudukan dan rangsangan badan. Setiap aspek ini amat diperlukan dalam memberikan persediaan untuk menghadapi saat bersalin. Ia juga dapat mengurangkan sakit belakang dan memperbaiki kedudukan badan kepada yang lebih baik.

4. Berjalan - Merupakan senaman yang paling mudah dan selamat untuk dilakukan. Berjalan selama 20 minit setiap hari sangat baik untuk diri si ibu dan juga bayi dalam kandungan.



 BERHENTI bersenam sekiranya.....

1. Terdapat cecair keluar daripada vagina
2. Mengalami sakit perut secara tiba-tiba
3. Kontraksi selepas bersenam
4. Sakit dada
5. Sukar bernafas
6. Penglihatan kabur
7. Pening


Cadangan Set Kehamilan Shaklee :

Senantiasa memberikan yang terbaik buat si ibu dan bayi dalam kandungan..

Set Kehamilan Lengkap Shaklee

SID 1109151
pm/wa 019-341 7931
https://www.facebook.com/Naturalvitamin




  

No comments:

Post a Comment