Bismillah..
Anak cerewat / memilih makanan |
NASI + TELUR + KICAP
Menu di atas seakan-akan telah menjadi kebiasaan pada masa kini..Rata-rata para ibu bapa akan mengeluh tentang pola pemakanan anak-anak mereka yang tidak menentu. Faktor ibu bapa yang bekerjaya dan tidak sempat mengajar anak untuk makan mengikut pelbagai kategori makanan dilihat semakin membimbangkan dewasa ini..Ibu bapa juga dilihat lebih mengikut rentak selera anak mereka yang lebih gemar terhadap makanan ringan dan tidak berkhasiat. Sememangnya ini dilihat sebagai salah satu cabaran yang harus ditangani agar si manja kita mendapat nutrisi yang diperlukan oleh badan mereka sepanjang mereka membesar..
Namun terdapat beberapa tips yang boleh diaplikasikan bagi memastikan anak-anak dapat makan mengikut pola pemakanan yang sepatutnya seperti :
- Ibu bapa perlu menetapkan undang-undang makan sejak anak mula belajar makan makanan pejal. Ketegasan diperlukan untuk mendidik anak-anak membesar sebagai anak yang tidak cerewet bab makan.
- Pentingnya menetapkan masa makan yang konsisten setiap masa.
- Pastikan semua ahli keluarga makan bersama setiap kali waktu makan.
- Jika anak enggan makan pada waktu makan, anda perlu tegas memberitahunya selepas ini tidak ada makanan jika dia terasa lapar.
- Elakkan gangguan televisyen, alat permainan ketika waktu makan. Kadang kala ada ibu bapa yang memang mendidik anak sejak usia bayi makan sambil menonton televisyen atau bermain. Alasannya supaya anak mudah makan. Kesannya apabila besar, mereka tidak mahu makan kerana asyik menonton televisyen.
- Libatkan anak-anak dalam proses penyediaan makanan bermula daripada membeli bahan, menyediakan dan memasak.
- Tanya anak soalan seperti “Hari ini nak makan ayam ke ikan?” berbanding “Hari ini nak makan apa?”. Ia lebih memberi kesan teruja kepada anak untuk menjamah makanan yang dimasak nanti.
- Jika anak enggan makan sayur, ceritakan satu watak kartun yang hebat kerana makan sayur. Misalnya kartun Popeye. Dengan melihat kehebatan kartun tersebut disebabkan makan sayur, anak-anak kecil akan terpengaruh.
Semuanya terletak kepada cara pujukan ibu bapa melatih anak mereka membesar sebagai anak yang tidak cerewet makan. Jika anak tak suka makan sayur, periksa diri adakah anda sendiri makan sayur atau tidak?
Ibu bapa adalah cermin kepada anak-anak jadi pastikan kita menjadi cermin yang terbaik buat mereka.
Sumber : Pa&Ma
Kebaikan Meal Shakes |
Meal Shakes | |
Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
• Sarapan segera yang berkhasiat
• Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
• Hidangan segera untuk para atlet
• Kudapan menarik pada bila-bila masa
• Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium
Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.
Meal Shakes ini sesuai utk semua kanak-kanak dan juga orang dewasa terutamanya yang kurang selera makan atau yang sembelit atau pun kanak2 obese. Juga sesuai utk sesiapa sahaja (Ibu2 mengandung,menyusu,pesakit2 dlm proses pemullihan selepas operation, mereka2 yg inginkan kulit cantik, ingin kekal sihat) especially yang tak gemarkan supplemen dalm bentuk tablet kerana Mealshake ni datang dlm bentuk serbuk (perasa vanila),dibancuh jd minuman yg lazat. Meal Shake boleh dibancuh bersama susu anak, jus buah-buahan atau apa-apa minuman kegemaran anda.. Meal Shake ni juga bagus utk mereka yang ingin menambah/memantau berat badan..
Antara Kebaikan Meal Shake Shaklee
Credit : SihatmacamYaya
|
No comments:
Post a Comment